Kamar Blog

Sila Ler Jenguk... ;)

Saturday, July 4, 2009

Salahkah wanita tak tahu masak???

  • xde hukum yg mengatakan wanita perlu tau sume bende tue..
  • ni sume budaya kite, budaya melayu..klo ikut islam x pndai masak pon xpe janji taat, layanan baik dikamar beradu dan didik anak baik2..
  • klo baca riwayat Rasulullah SAW slalu disebut Rasulullah SAW mengurus diri sendiri, sunnah tu, tapi knapa org laki2 xnak ikut ye?? klo tambah 2, 3 sume nak ikut plak..

Sekadar Pendapat :

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar..

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati..

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dgn awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?". Tanya sang si lelaki dengan penuh semangat.

"Sedang belajar lah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!".

Begitu jawab si gadis yang mebuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk 3 pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?". Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga kan. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya.

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang jawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan AlFatihah tidak sempuran, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa "queen control". Kalau tidak pandai belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

1 comment:

Zafira Hani said...

yaaaa~~~!!!!! aku setuju bangat dgn komen ko nih~~~~ wakakakaka!!!