Kamar Blog

Sila Ler Jenguk... ;)

Saturday, July 4, 2009

Suatu Kisah Sedih :(

ni aq nak share ckit something kat korang.. sedih plak bace.. harap dpt beri pengajaran kat kite sume..

Malam td kamu dan kawanmu bertengkar..
Kamu membuat keputusan tidak mahu bercakap dgn nya keesokkan harinya..
Dia senyum kpdmu tetapi kamu mengetap gigi kpdnya..
Dia menceritakan perkara yg baik ttg kamu kpd kawan2nya yg lain..
Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya..
Dia cuba mendekati dan menegurmu tp kamu tolaknya ketepi..
Baginya kamu seorg kawan yg baik..
Kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa..
Dia pun menulis nota kpdmu dan menceritakan semula kenangan manis yg pernah kamu dan dia berkongsi bersama..
Kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya..
Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya tapi di hatimu sudah penuh dgn kebencian..
Keesokkan harinya kamu jumpa satu nota drpdnya :

Dear _______,
Saya cuba memberitahu kamu smlm tp kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tp kamu takut utk mendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tp kamu sambut senyuman saya dgn kebencian. Sekarang ini keadaan saya sgt teruk dan makin teruk.

Saya minta maaf sebab hari ni saya tak dapat berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya berada di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu mmg seorang kawan yang hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam Kasih Sayang,

________________

Kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya..
Tapi hanya ibunya saja ada disitu..
Ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tangan dan dia pun menangis..
Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya..
Kamu sudah terlambat.
Kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal..

PENGAJARAN :

Semua kawan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukanya dulu. Sebab kamu takkan tahu apa yg akan terjadi esok hari.

No comments: